Followers

Friday 18 May 2012

SOALAN PEMBENGKELAN KEM PERKASA

  Soalan-soalan

1 a) Apakah yang dimaksudkan dengan Bandar satelit. (5M)

 b) Jelaskan faktor-faktor yang menyebabkan pembentukan bandar-bandar satelit        (10M)

 c) Dengan merujuk contoh-contoh, terangkan saling hubungan antara Bandar satelit                                      
      dengan bandar raya utamanya.                                                                              (10M)

  2 a) Apakah yang dimaksudkan dengan sub Bandar                                                   (5M)
  
  b) Jelaskan langkah-langkah yang diambil bagi mengurus alam sekitar Bandar.            (10M) 


3 Berdasarkan sebuah negara sedang membangun yang anda kaji,

a) Nyatakan ciri-ciri petempatan setinggan                                                                     (5M)

b) Apakah masalah-masalah yang ditimbulkan oleh petempatan setinggan di negara  
     tersebut                                                                                                                   (10M)

c) Terangkan  langkah-langkah yang telah dan boleh diambil untuk mengatasi masalah
     setinggan tersebut                                                                                                   (10M)

4. Pilih sebuah Bandar raya di Asia Tenggara,

a) Huraikan faktor-faktor yang menjana proses pembandaran yang pesat yang dialami oleh Bandar raya  tersebut                                                                                                                      (10M)

b) Jelaskan masalah-masalah alam sekitar fizikal dan manusia yang dialami oleh penduduk dalam Bandar raya berkenaan                                                                                                                 (15M)



KEM ELIT PERDANA STPM 2007


Soalan 2

a) Jelaskan faktor-faktor geografi yang mempengaruhi perkembangan pesat idustri pelancongan di rantau Asia pasifik.  (9 m)

          Faktor-faktor geografi fizikal mempengaruhi perkembangan pesat industri pelancongan di rantau Asia pasifik seperti Malaysia. Ciri-ciri semula jadi seperti pantai yang berpasir putih dan halus, tasik semula jadi , kawasan paya contohnya pantai Pulau redang, Tasik Kenyir.

          Bentuk muka bumi yang unik dan istimewa serta sistem saliran atau lembangan yang menarik juga mempengaruhi perkembangan pesat industri pelancongan contohnya sungai yang dalam, kawasan laut yang yang luas serta muara sungai juga sesuai untuk aktiviti pengangkutan seperti kapal, feri, bot dan sampan.

          Kawasan hutan jenis tropika yang mempunyai litupan tumbuhan yang tebal boleh diwartakan sebagai simpan, utan lipur dan taman negara. Kepelbagaian spesies flora dan fauna dalam hutan akan menarik pelancong serta mempengaruhi perkembangan pelancongan.

          Hasil pelbagai proses geomoforlogi seperti hakisan, luluhawa dalaman dan pergerakan jisim (tanah runtuh) iaitu pembentukan tanjung dan teluk, pentas hakisan ombak dan gua akibat tindakan hakisan ombak juga mempengarui perkembangan pesat pelancongan, contohnya Teluk Batik. Terdapat juga gua seperti Gua Niah(Sarawak) terhasil akibat proses luluhawa terhadap batu kapur.

          Iklim yang sesuai seperti Malaysia yang mengalami Iklim Khatulistiwa iaitu panas dan lembap sepenjang tahun juga mempengaruhi perkembangan pesat sektor pelancongan. Bahan api fosil seperti petroleum yang mencukupi dan diperoleh dari dasar laut dapat memperkembangkan industri pelancongan.

b) Terangkan sumbangan sektor pelancongan kepada ekonomi sesebuah negara. (8m)

          Sumbangan sektor pelancongan kepada ekonomi negara ialah menyumbangkan kepada pendapatan melalui pelbagai jenis perbelanjaan pelancongan oleh para pelancong yang berkunjung ke sesebuah negara contoh, perbelanjaan untuk tambang pengangkutan, rekreasi, makan minum, membeli-belah.

          Sektor pelancongan juga menyediakan peluang pekerjaan yang meluas kepada penduduk setempat contohnya pengurus hotel,penjual di gerai cenderamata dan kpmpleks beli-belah, pekerja di resort dan hotel. Ini dapat meningkatkan taraf hidup penduduk.

          Sektor pelancongan juga menggalakkan pertumbuhan industri yang berkaitan. Contohnya pelancongan membawa perkembangan industri pembinaan hotel dan rumah penginapan.

          Sektor pelancongan juga menyediakan perkhidmatan pengangkuan an perhubungan yang lebih cekap dan sistematik kepada para pelancong. Contohnya sistem pengangkutan feri, panerbangan antarabangsa dan domestik dengan penubuhan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur(KLIA).

          Sektor pelancongan juga menggalakkan pertumbuhan dan pembukaan bandar-bandar baru akibat pembangunan ekonomi tempatan oleh aktiviti pelancongan. Contohnya tanah Tinggi Genting dan Bukit Fraser di  Pahang  telah menyebabkan ekonomi tempatan berkembang dan mewujudkan bandar baru yang lebih maju.


c) Huraikan masalah-masalah yang ditimbulkan oleh sektor pelancongan terhadap persekitaran fizikal dan manusia di sesebuah negara.(8m)

          Masalah-masalah yang ditimbulkan oleh sektor pelancongan seperti masalah gangguan terhadap iklim mikro setempat, perubahan suhu mikro setempat akibat penebangan hutan untukmembina hotel dan chalet. Suhu akan meningkat kerana proses transpirasi semakin berkurangan contohna suhu di sekitar Tanah Tinggi Genting telah meningkat sebanyak 1-3 darjah celsius.

          Kadar hakisan dan tanah runtuh juga akan berlaku akibat penerokaan kawasan hutan secara besar-besaran untuk pembinaan rumah penginapan. Tanah akan menjadi longgar dan kehilangan daya cengkaman oleh pokok-pokok akan mudah mengalami hakisan percikan oleh air hujan serta menyebabkan pergerakan jisim iaitu hujan serta meyebabkan pergerakan jism iaitu tanah runtuh.

          Gangguan terhadap kestabilan ekosistem juga berlaku akibat penebangan hutan untuk aktiviti pembinaan resort dan chalet. Spesies flora dan fauna dan kepelbagaian biologi juga terjejas akibat rantai makanan mengalami kemusnahan dan habitat semula jadi mengalami kerosakan.

          Pencemaran air juga berlaku akibat pembuangan sisa-sisa hotel, sisa makanan dan sisa kumbahan dari chalet dan tempat rekreasi. Ini akan menjejaskan hidupan maritim dan meningkatkan kandungan bakteria dan BOD dalam air laut.

          Petembungan budaya akibat pelancongan antara pelancong asing (barat) dengan pelancong tempatan (timur ) juga berlaku. Gaya hidup golongan belia mungkin terpengaruh oleh budaya barat yang seterusnya mengubah cara, gaya dan nilai-nilai kehidupan mereka kepada yang lebih menikmati kehidupan secara hiburan, rekreasi serta pemikiran lebih terbuka


8. Berdasarkan kepada sebuah bandar kecil (10 000 – 30 000 orang penduduk) yang telah anda kaji di lapangan.

          a)  Nyatakan secara ringkas  fungsi-fungsi utama yang terdapat di bandar itu      (9 markah)

Bandar kecil yang telah saya buat kajian pada  1 haribualan Febuari 2006  ialah Pekan Jertih, Besut Terengganu.  Hari kajian dijalankan ialah pada hari Sabtu yang merupakan hari yang paling sibuk di Pekan Jertih dengan pelbagai kegiatan ekonomi penduduk seperti Pasar Minggu dan kegiatan social yang lain.

Bandar Jertih terletak di tengah perjalanan antara Kota Bharu dan kuala Terengganu . Ia merupakan pintu masuk penduduk dan kegiatan ekonomi  penduduk pantai timur kepantai barat semenanjung Malaysia.

Antara kaedah mengumpul maklumat kajian ini ialah melalui pemerhatian, bertanya soalan kepada beberapa orang penduduk dan pengunjung, membuat rujukan kepada buku-buku, pamplets, jurnal-jurnai darpda beberapa jabatan kerajaan

Diantara beberpa fungsi yang penting dan terserlah yang ada pada Pekan Jertih ialah sebagai fungsi perniagaan. Ada perniagaan kecil-kecilan seperti menjual sayuran  dan buahan di bawah kanopi di tepi-tepi jalan, menjual ubatan tradisional oleh penjual ubat tradisi yang menjual makjun tenaga, menjual batu permata hinggalah kepada emporium dan pasaraya seperti Econjaya. Terdapat banyak deretan kedai runcit yang pelbagai saiz dan menjual pelbagai barangan pengguna dan lainlain keperluan.

Pekan Jertih di daerah Besut ini juga penting dan agak maju kerana ia menyediakan fungsi sebagai pusat kewangan daerah yang menyediakan khidmat perbankan kepada pengguna yang berurusan menyimpan dan mendapat khidmat kewangan atau simpanan semasa. Jadi, tidak hairan jika Bank Simpanan Nasional di Jalan Haji Latif dan Maybank di Jalan Che Pah sentiasa dipenuhi pelanggan sejak bank-bank itu awal dibuka .

Pekan Jertih ini juga menjadi pusat pentadbitan  daerah bagi kawasan disekitar terutama dari Kampong Padang Luas, Kampong Tok Has, Beris Pak Abu ,Gong Duek dan sebagainya. Disini terdapat beberapa Jabatan kerajaan seperti Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta , Jabatan Penguatkuasa Hal_ehwal Pengguna, Pejabat Risda, Jabatan Haiwan dan lain-lain. Jabatan-jabatan ini bertindak menguurus dan menyediakan khidmat harian dan musiman kepada hal ehwal penduduk dan seterusnya memudahkan pihak kerajaan memberikan khidmat sosial kepada masyarakat disekitar Pekan Jertih dan kawasan pengaruhnya.

Disamping itu Pekan Jertih menjadi sebuah pekan yang berkembang dan berpotensi menjadi sebuah kawasan pembangunan terutama yang berasaskan industri kecil dan sederhana. Di sini terdapat sebuah kilang padi Bernas, sebuah kilang  memproses kasil getah di Jalan Darau. Dengan adanya pelbagai jenis industri seperti ini, hasil mahsul yang dihasilkan dari kawasan kampong sekitar terutama hasil getah dan padi dapat diproses menjadi barangan separuh siap atau dibungkus dan diedarkan untuk kegunaan kawasan lain.

Di pekan Jertih ini juga terdapat beberapa kemudahan sosial  atau kemudahan asas yang memberi fungsi dan kegunaan berharga kepada penduduk. Terdapat Pejabat Pos di sebelah Balai Polis Trafik, Pejabat dan Bengkel TNB,JPS, JKR di Jalan Pasar. Di pekan ini juga sedang dibina sebuah masjid pelbagai guna, moden , besar dan bercirikan kemajuan pesat. Ia dijangka menjadi mercu tanda pembangunan dan kemajuan Islam dan menjadi tempat penduduk tempatan menimba ilmu keagamaan.

Dengan pelbagai fungsi yang terdapat di Pekan Jertih, maka tidak syak lagi ia seterusnya menjadi pusat pertumbuhan baru di pintu masuk ke Negeri Terengganu.


          b)  Pilih satu jenis aktiviti manusia di bandar itu, bagaimana aktiviti itu memberi kesan negatif kepada alam sekitar kawasan berkenaan.   (  8  markah)


Salah satu aktiviti manusia yang paling banyak memberi kesan negatif terhadap alam sekitar di kawasan bandar Jertih ialah aktiviti pembanguan tanah untuk perumahan atau projek perumahan, pembinaan rumah kedai dan pembinaan masjid Bandar Jertih.

Aktiviti pembinaan perumahan bersama beberapa unit rumah kedai di Jalan Hospital Jertih  telah menyebabkan satu kawasan sawah padi telah ditukar penggunaannya. Petak-petak sawah itu telah ditebusguna iaitu ditambun dan diratakan . Sebanyak 40 unit rumah banglo dan 10 buah rumah kedai telah dibina. Keadaan ini telah mengubah sama sekali pandangan darat kawasan sekitarnya. Ini telah menyebabkan aliran asal air dan alurnya telah tersekat. Kawasan sekitar yang asal cantik pemandangannya telah berubah sama sekali.

Akibat pembinaan masjid Bandar Jertih juga telah menyebabkan dua kesan besar atau serius iaitu menyebabkan runtuhnya tebing sungai dan sebahagian tebing baratnya telah menjadi tapak pembinaan masjid. Tebing sungai juga turut runtuh dan terdapat banyak longgokkan sisa binaan yang ditinggalkan begitu sahaja.
Keadaan ini menyebabkan aliran air Sungai Jertih tersekat dan seterusnya banyak terdapat sampah sarap yang tersekat dan terdampar di tebing sungai. 

Hakisan galur dan galir juga turut berlaku di kawasan pembinaan rumah kedai dan jabatan kerajaan dekat Pejabat Telekom(TM). Di kawasan tersebut kawasan tanah tanah tinggi kaki bukit kecil yang telah diratakan pada masa lampau telah terhakis agak  teruk menjadi parit-parit yang melimpah air berkelodak yang mencemarkan jalanraya disekitarnya bila berlaku hujan.

Kawasan itu juga menjadi berdebu dan berhabuk bila kenderaan berat yang membawa bahan binaan keluar masuk tanpa kawalan disamping aktiviti keluar masuk itu tidak disediakan dengan sempurna. Habuk dan debu dari kawasan pembinaan itu menyebabkan tiap-tiap hari sepanjang setahun lalu Bandar Jertih terjejas udara dan persekitarannya. Bnayak kedai telah menghadkan kegiatan mereka dan banyak dinding banguna dan cerminnya kotor dan berdebu.

Projek-projek pembinaan itu juga telah mengganggu suasana tenteram pengunjung.
Pengguanaan jentera pengorek dan “piling” menngeluarkan bunyi yang bingit dan bising yang tidak terhingga. Ini sedikit sebanyak mengganggu peniaga-peniaga kecil yang menggunakan suara atau pembesar suara memanggil pelanggan. Ramai pelanggan juga telah tidak mengunjungi kedai-kedai makan atau restoren yang berdekatan kerana gangguan tersebut.


          c) Jelaskan langkah-langkah yang diambil oleh pihak tertentu dibandar tersebut untuk mengatasi masalah alam sekitar kawasan bandar berkenaan. (8 markah)

Antara langkah-langkah yang diambil untuk mengatasi masalah alam sekitar di Pekan Jertih ialah pihak berkuasa atau pihak kontraktor telah menggali parit yang agak dalam dan lurus untuk mengalirkan air yang bertakung dikawasan tapak pembinaan perumahan berdekatan hospital.

Tebing Sungai Jertih yang runtuh telah dibina benteng konkrit yang kukuh supaya ia lebih tahan lama dan mengelakkan kejadian runtuhan yang berulang dan merugikan semua pihak.
Untuk meggelakkan habuk dan debu berterbangan, pihak kontraktor telah diwajibkan memasang perangkap habuk dan debu, membasuh dan menyembur kawasan pembinaan itu dengan renjisan air .

Pihak Majlis Perbandaran Besut telah membuat pemantauan di kawsan pembinaan untuk memastikan pihak kontraktor telah mengambil tindakan semerta seperti menggali lonkang dan parit serta menyembur air dan membersihkan jalan tar yang telah dipenuhi lumpur dari tapak pembinaan.

Kempen menjaga kebersihan dari debu dan habuk juga dijalankan dimana pengusha gerai makan misalnya tidak menjual makanan dan minuman dekat dengan tapak pembinaan masjid dan projek perumahan di bandar.Jertih.Aktiviti dan kempen membersih dan menceriakan bandar Jertih juga telah diadakan dengan motto “ Jom Bersih” dan ia mendapat sambutan baik daripada peniaga dan penduduk sekitar.

             

     

KEM ELIT PERDANA STPM 2007


B.   FORMAT KERTAS PEPERIKSAAN DAN
BENTUK SOALAN (Geografi Alam Sekitar Manusia)

UMUM
Terdapat 8 soalan ( 9 pilihan) yang akan diberikan kepada calon. Calon perlu menjawab 4 daripada soalan tersebut.

Masa yang diperuntukan adalah selama 3 jam.

Setiap soalan yang diberi mengandungi beberapa pecahan bagi membantu calon memberi jawapan yang lebih terarah dan mengurangkan kemungkinan jawapan yang menyeleweng.

Peruntukan markah sebanyak 25 markah untuk satu soalan.


BENTUK SOALAN

1.   SOALAN LANGSUNG
2.   SOALAN KEMAHIRAN AMALI
3.   SOALAN KAJIAN LUAR


  1. SOALAN LANGSUNG
i) Berbentuk Esei

*Contoh Soalan (1)

a)   Apakah yang anda faham dengan tanaman kontan
                      [5M]
b) Jelaskan masalah-masalah fizikal yang menghalang
     kemajuan pertanian di sesebuah negara yang anda kaji.
                                                                                              [10M]

c) Huraikan usaha-usaha yang dijalankan untuk meninggikan
    daya pengeluaran di negara tersebut.
                                                                                              [10M]



*Contoh Soalan (2)
a) Nyatakan  tiga jenis sumber alam yang boleh diperbaharuidan tiga jenis    sumber alam yang tidak boleh diperbaharui.
                                                                                     [5M]
b) Jelaskan mengapa sumber alam yang boleh diperbaharui
     memerlukan pemeliharaan dan pemuliharaan.
                                                                                              [8M]
c) Huraikan langkah-langkah yang telah dijalankan oleh
    Malaysia untuk mengawal pencemaran alam sekitar akibat
    eksplotasi sumber alam
                                                                                             [12M]


ii) Berbentuk konsep
*Contoh Soalan

a) Apakah yang dimaksudkan dengan lebihan penduduk relatif
[5M]
b) Apakah yang dimaksudkan dengan sumber alam
[5M]
c)  Apakah yang anda faham dengan pertumbuhan penduduk
[5M]
d)  Huraikan maksud penduduk optima
[5M]
e)   Apakah yang anda faham dengan pertanian saradiri giat
[5M]
f)    Apakah yang dimaksudkan dengan bandar baru
[5M]
g)   Huraikan maksud aglomerasi industri
[5M]
h)   Apakah yang dimaksudkan dengan pembangunan lestari
[5M]
i)    Apakah yang dimaksudkan dengan bandar satelit
[5M]


j)    Huraikan apa yang dimaksudkan dengan megalopolis
[5M]
k)   Apakah yang anda faham dengan industri berat
(heavy industry)                                                      [5M]
l)    Apakah yang dimaksudkan dengan urbanisasi
[5M]
m) Apakah yang dimaksudkan dengan sub-bandar
[5M]


[SOALAN KONSEP: Jangan beri definisi sahaja, tetapi perlu ada
Makna/definisi + Ciri + Contoh.]


     2) SOALAN KEMAHIRAN AMALI

Contoh Soalan:
Jadual: Keluasan Beberapa Jenis Tanaman Ladang di Malaysia 1995
Jenis Tanaman
Keluasan (‘000 hektar)
Getah
493
Kelapa Sawit
431
Teh
68
Tebu
68
Kopi
49
Koko
43
JUMLAH
1152

Dengan menggunakan kaedah sesi empat bujur berbahagi, nyatakan
Keluasan beberapa jenis tanaman ladang di Malaysia pada tahun 1995










3.  SOALAN KAJIAN LUAR

*Contoh Soalan Kajian Luar (1)

Melalui pemerhatian anda di lapangan,
a) huraikan aktiviti ekonomi di kawasan tersebut.
                                                                                          [8M]
b) jelaskan kesan aktiviti ekonomi tersebut terhadap kualiti alam
sekitar di kawasan tersebut.
                                                                                 [9M]
c) cadangkan langkah-langkah yang perlu diambil  untuk
mengurangkan kemerosotan kualiti alam sekitar di kawasan
tersebut.
                                                                                                         [8M]


C. TEKNIK MENGHURAI FAKTA

a)   Berasaskan format  FAKTA + HURAIAN + CONTOH = MARKAH

b)   Tulis 7 hingga 8 baris untuk setiap isi, setiap fakta yang dihurai mesti dilengkapi CONTOH.

c)   Jangan ulangi fakta/isi (repeat and awarded)

d)   “CONTOH” perlu sebagai pelengkap. Contoh tidak semestinya angka (mengapa,apa, di mana….)

SOALAN KONSEP: Jangan beri definisi sahaja, tetapi perlu ada
Makna/definisi + Ciri + Contoh=MARKAH







(Contoh Menghurai Fakta)

1.Soalan:  Merujuk kepada negara Malaysia, jelaskan lima kesan ke atas  sumber
alam akibat tumpuan penduduk di sesebuah kawasan
[15M]
(STPM 2006)
FAKTA
HURAIAN
CONTOH
a)  KEKURANGAN
TANAH
Persaingan guna tanah sengit,harga tanah tinggi
Industri, infrustruktur, pertanian dll.
b) KEHABISAN/
PENGURANGAN
SUMBER ALAM
Kehabisan sumber yang tidak boleh diperbaharui seperti sumber mineral
Bijih besi, timah, emas dll
c) KEPUPUSAN
SUMBER ALAM
Kepupusan sumber hutan akibat penyahutanan, sumber marin, kepupusan kualiti tanih
Flora dan Fauna




d) KEMUSNAHAN
/KEROSAKAN
EKOSISTEM
Ekosistem terganggu seperti rantaian makanan
Flora dan Fauna
e) PENCEMARAN
Eksplotasi ke atas sumber alam yang telalu giat sehingga berlaku pencemaran sumber alam seperti air, tanih dll

Perindustrian, perlombongan, perhutanan.
f) KESAN  POSITIF
Penerokaan telah menyebabkan tanah ,hutan, mineral, sumber makanan, kawasan tanah tinggi dimajukan
Aktiviti pertanian, pertanian dll

Cameron Highland













2. Soalan: Jelaskan enam kepentingan industri perkhidmatan kepada
ekonomi Malaysia (STPM 2006)
[12M]
FAKTA
HURAIAN
CONTOH
a) PELUANG PEKERJAAN
Mengurangkan kadar pengangguran dan meningkatkan taraf hidup
Pemandu bas, guru, polis, pensyarah dll
b) MENINGKATKAN KDNK/PENDAPATAN NEGARA
Import, Eksport, Pelancongan
Meningkatkan tukaran wang asing,cukai, sewa hotel,chalet
c) PENINGKATAN TEKNOLOGI & KUALITI BURUH
Melalui R & D dan inovasi baru
MIMOS, Sistem Perbankan , Insuran
d) MENARIK KEMASUKAN PELABUR ASING/MODAL
Meningkatkan keupayaan modal tempatan
Bank-bank perdagangan
e) PENINGKATAN TARAF SOSIO EKONOMI
Pemodenan Kehidupan, Pembandaran
Hospital, klinik, infrustruktur.
f) MENYOKONG INDUSTRI LAIN DAN PERKEMBANGAN INDUSTRI LAIN
Industri perbankan, telekomunikasi, percetakan
Penyiaran, Astro, TV3, TV Pendidikan.



3. TEKNIK MENJAWAB SOALAN AMALI


a) Kaedah (Perhatikan kehendak soalan)

b) Tajuk  (Ambil daripada tajuk jadual, tulis di atas)

c) Skala  (Skala Penyata dan Skala Petunjuk tulis di bawah)

d) Pengiraan (Tunjukan pengiraan)

e) Petunjuk (Di bawah, mesti jelas)

f) Plotan (Tepat, Kesan Nampak, Bersih, Kemas dan Sempurna)


4. TEKNIK MENJAWAB SOALAN KAJIAN LUAR


A.  ADA TAJUK / KAWASAN KAJIAN SECARA MIKRO

B.  MENYATAKAN OBJEKTIF KAJIAN

C.  MENYATAKAN KAEDAH KAJIAN

D.  DAPATAN KAJIAN : IKUT KEHENDAK SOALAN

KESAN      :-    Terhadap A/Sekitar

LANGKAH :-    Perundangan,
Pengurusan Strategik,
Kempen,Pendidikan

E.         BUKTI LOKALITI























5. SKRIP CONTOH

Soalan 1 (Esei)

a) Jelaskan faktor-faktor geografi yang mempengaruhi perkembangan pesat idustri pelancongan di rantau Asia Pasifik.
(9 M)

Faktor-faktor geografi fizikal mempengaruhi perkembangan pesat industri pelancongan di rantau Asia pasifik seperti Malaysia. Ciri-ciri semula jadi seperti pantai yang berpasir putih dan halus, tasik semula jadi , kawasan paya contohnya pantai Pulau redang, Tasik Kenyir.

Bentuk muka bumi yang unik dan istimewa serta sistem saliran atau lembangan yang menarik juga mempengaruhi perkembangan pesat industri pelancongan contohnya sungai yang dalam, kawasan laut yang yang luas serta muara sungai juga sesuai untuk aktiviti pengangkutan seperti kapal, feri, bot dan sampan.

Kawasan hutan jenis tropika yang mempunyai litupan tumbuhan yang tebal boleh diwartakan sebagai simpan, utan lipur dan taman negara. Kepelbagaian spesies flora dan fauna dalam hutan akan menarik pelancong serta mempengaruhi perkembangan pelancongan.

Hasil pelbagai proses geomoforlogi seperti hakisan, luluhawa dalaman dan pergerakan jisim (tanah runtuh) iaitu pembentukan tanjung dan teluk, pentas hakisan ombak dan gua akibat tindakan hakisan ombak juga mempengarui perkembangan pesat pelancongan, contohnya Teluk Batik. Terdapat juga gua seperti Gua Niah(Sarawak) terhasil akibat proses luluhawa terhadap batu kapur.

Iklim yang sesuai seperti Malaysia yang mengalami Iklim Khatulistiwa iaitu panas dan lembap sepenjang tahun juga mempengaruhi perkembangan pesat sektor pelancongan. Bahan api fosil seperti petroleum yang mencukupi dan diperoleh dari dasar laut dapat memperkembangkan industri pelancongan.








b) Terangkan sumbangan sektor pelancongan kepada ekonomi sesebuah
negara.                                                                                         (8M)

Sumbangan sektor pelancongan kepada ekonomi negara ialah menyumbangkan kepada pendapatan melalui pelbagai jenis perbelanjaan pelancongan oleh para pelancong yang berkunjung ke sesebuah negara contoh, perbelanjaan untuk tambang pengangkutan, rekreasi, makan minum, membeli-belah.

Sektor pelancongan juga menyediakan peluang pekerjaan yang meluas kepada penduduk setempat contohnya pengurus hotel,penjual di gerai cenderamata dan kpmpleks beli-belah, pekerja di resort dan hotel. Ini dapat meningkatkan taraf hidup penduduk.

Sektor pelancongan juga menggalakkan pertumbuhan industri yang berkaitan. Contohnya pelancongan membawa perkembangan industri pembinaan hotel dan rumah penginapan.

Sektor pelancongan juga menyediakan perkhidmatan pengangkuan an perhubungan yang lebih cekap dan sistematik kepada para pelancong. Contohnya sistem pengangkutan feri, panerbangan antarabangsa dan domestik dengan penubuhan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur(KLIA).

Sektor pelancongan juga menggalakkan pertumbuhan dan pembukaan bandar-bandar baru akibat pembangunan ekonomi tempatan oleh aktiviti pelancongan. Contohnya tanah Tinggi Genting dan Bukit Fraser di  Pahang  telah menyebabkan ekonomi tempatan berkembang dan mewujudkan bandar baru yang lebih maju.


c) Huraikan masalah-masalah yang ditimbulkan oleh sektor pelancongan
terhadap persekitaran fizikal dan manusia di sesebuah negara.
(8M)

Masalah-masalah yang ditimbulkan oleh sektor pelancongan seperti masalah gangguan terhadap iklim mikro setempat, perubahan suhu mikro setempat akibat penebangan hutan untukmembina hotel dan chalet. Suhu akan meningkat kerana proses transpirasi semakin berkurangan contohna suhu di sekitar Tanah Tinggi Genting telah meningkat sebanyak 1-3 darjah celsius.

Kadar hakisan dan tanah runtuh juga akan berlaku akibat penerokaan kawasan hutan secara besar-besaran untuk pembinaan rumah penginapan. Tanah akan menjadi longgar dan kehilangan daya cengkaman oleh pokok-pokok akan mudah mengalami hakisan percikan oleh air hujan serta menyebabkan pergerakan jisim iaitu hujan serta meyebabkan pergerakan jism iaitu tanah runtuh.

Gangguan terhadap kestabilan ekosistem juga berlaku akibat penebangan hutan untuk aktiviti pembinaan resort dan chalet. Spesies flora dan fauna dan kepelbagaian biologi juga terjejas akibat rantai makanan mengalami kemusnahan dan habitat semula jadi mengalami kerosakan.

Pencemaran air juga berlaku akibat pembuangan sisa-sisa hotel, sisa makanan dan sisa kumbahan dari chalet dan tempat rekreasi. Ini akan menjejaskan hidupan maritim dan meningkatkan kandungan bakteria dan BOD dalam air laut.

Petembungan budaya akibat pelancongan antara pelancong asing (barat) dengan pelancong tempatan (timur ) juga berlaku. Gaya hidup golongan belia mungkin terpengaruh oleh budaya barat yang seterusnya mengubah cara, gaya dan nilai-nilai kehidupan mereka kepada yang lebih menikmati kehidupan secara hiburan, rekreasi serta pemikiran lebih terbuka



Soalan 2 (Kemahiran Amali)

1.  Jadual 1 menunjukkan keluasan tanah pertanian, bilangan penduduk dan keluaran
bijirin negara-negara terpilih di Asia Pasifik.(STPM 2003)

Jadual 1 : Keluasan Tanah Pertanian, Bilangan Penduduk, dan Keluaran
Bijirin Negara-negara Terpilih di Asia pasifik

Negara
Keluasan Tanah Pertanian
( ‘000 km persegi )
Bilangan Penduduk
( juta )
Keluaran Bijirin setahun
( ‘000 tan metrik )
China
9561.0
1218.0
430 100
Filipina
300.0
71.9
15 813
Indonesia
1904.6
188.3
60 090
Kampuchea
181.0
10.7
3 560
Korea Selatan
99.3
45.2
6 676
Laos
236.8
4.8
1 462
Malaysia
329.8
21.2
2 110
Myanmar
676.6
44.7
21 378
Thailand
513.1
60.0
26 426
Vietnam
331.7
75.3
27 996




Berdasarkan Jadual 1,

a)  hitungkan keluaran bijirin setahun per kapita bagi setiap tahun tersebut                                                                                                                    ( 6 M )

b)  hitungkan kepadatan penduduk bagi negara-negara tersebut dan                                                                                                                                ( 6 M )

c)  huraikan corak taburan penduduk dan keluaran bijirin di negara-negara berkenaan
                                                                                                              (13 M)



2.  Jadual 2 menunjukkan penduduk di wilayah-wilayah terpilih dunia dari tahun 1900 hingga 1990.(STPM 2004)

Wilayah
Tahun
1900
1930
1950
1970
1990
Afrika
120
155
200
344
648
Amerika Latin
63
109
163
283
448
Amerika Utara
81
135
167
228
276
Asia
915
1072
1376
2056
3108
Eropah
423
532
576
705
786

a)   Berdasarkan  Jadual 2, lukiskan graf garis untuk menunjukkan pertambahan penduduk di wilayah-wilayah terpilih di dunia dari tahun 1900 hingga tahun 1990
( 8 M )

b)   Berdasarkan graf garis yang anda lukis pada soalan ( a )

i)            Nyatakan wilayah yang mengalami pertambahan penduduk yang paling pesat
( 2 M )

ii)           Huraikan mengapa berlakunya pertambahan penduduk yang pesat di wilayah tersebut?
( 6 M )

c)    Pilih sebuah negara di Asia, jelaskan kesan pertambahan penduduk yang pesat  terhadap sumber alam di negara tersebut.
( 9 M )



Contoh Jawapan :

No. 1

a)   Keluaran bijirin setahun per kapita bagi setiap negara,

Pengiraan :       Keluaran bijirin setahun (‘000 tan metrik)
Bilangan penduduk (juta orang)
Negara
Bilangan
Penduduk

( juta )
Keluaran Bijirin setahun

( ‘000 tan metrik )
Keluaran Bijirin setahun per kapita

( tan metrik / org )
China
1218.0
430 100
0.035
Filipina
71.9
15 813
0.220
Indonesia
188.3
60 090
0.319
Kampuchea
10.7
3 560
0.333
Korea Selatan
45.2
6 676
0.148
Laos
4.8
1 462
0.304
Malaysia
21.2
2 110
0.099
Myanmar
44.7
21 378
0.478
Thailand
60.0
26 426
0.440
Vietnam
75.3
27 996
0.372

b)   Kepadatan penduduk bagi negara-negara tersebut

Pengiraan :         Bilangan penduduk (juta)
Keluasan tanah (‘000 km persegi)
Negara
Keluasan Tanah Pertanian
( ‘000 km persegi )
Bilangan Penduduk
( juta )
Kepadatan penduduk
( org / km persegi )
China
9561.0
1218.0
127.4
Filipina
300.0
71.9
239.7
Indonesia
1904.6
188.3
98.86
Kampuchea
181.0
10.7
59.1
Korea Selatan
99.3
45.2
455.2
Laos
236.8
4.8
20.3
Malaysia
329.8
21.2
64.3
Myanmar
676.6
44.7
66.1
Thailand
513.1
60.0
116.9
Vietnam
331.7
75.3
227.0


c)    Corak taburan penduduk dan keluaran bijirin di negara-negara berkenaan adalah tidak sekata. Ini disebabkan oleh :


  1. Bilangan dan jumlah penduduk. Jumlah penduduk yang ramai seperti China dan Indonesia, jumlah penduduk yang sedikit seperti Laos dan Kampuchea dan lain-lain mempunyai jumlah penduduk yang sederhana. Perbezaan jumlah penduduk disebabkan oleh perbezaan dalam kadar kelahiran, kadar kematian, kadar fertaliti, taraf pendidikan penduduk, faktor agama, amalan adat dan tradisi serta keperluan tenaga buruh yang  berbeza antara negara. Indonesia contohnya mempunyai jumlah penduduk yang ramai kerana kadar kelahirannya yang tinggi yang disebabkan oleh kegagalan program perancangan keluarga.
  2. Kepadatan penduduk. Tidak semestinya negara yang mempunyai jumlah penduduk yang ramai mempunyai kepadatan penduduk yang paling tinggi. Misalnya Korea Selatan mempunyai kepadatan tertinggi walaupun jumlah penduduknya sedikit berbanding dengan China dan Indonesia. Ini dipengaruhi oleh saiz @ keluasan negara berkenaan. Negara yang bersaiz kecil cenderung mempunyai kepadatan penduduk yang tinggi walaupun jumlah penduduknya tidak seramai negara yang bersaiz besar.
  3. Jumlah keluaran bijirin setahun. Terdapat pertalian positif antara jumlah penduduk dengan jumlah keluaran bijirin. Negara yang memiliki jumlah penduduk yang paling ramai juga mempunyai jumlah keluaran yang paling banyak contohnya China dan Indonesia. Ini penting untuk menampung keperluan makanan penduduk dan mengelakkan masalah kekurangan makanan dan kebuluran.
  4. keluaran bijirin setahun per kapita. Terdapat pertalian negatif antara jumlah penduduk dengan keluaran bijirin setahun perkapita. Nilai per kapita amat bergantung kepada jumlah penduduk sesebuah negara. Walaupun China mempunyai jumlah keluaran bijirin terbanyak tetapi nilai keluaran bijirin per kapitanya jauh lebih rendah berbnading dengan negara-negara lain. Ini disebabkan oleh jumlah penduduknya yang ramai. Negara yang mempunyai nilai keluaran bijirin perkapita yang tinggi ialah Thailand dan Myanmar. Negara-negara berkenaan mempunyai pengeluaran beras yang banyak malah dieksportkan ke luar negara.


Soalan No. 2

a)

1.Tajuk yang betul                                                     1 M
   Graf garis menunjukkan pertambahan penduduk
   di wilayah-wilayah terpilih di dunia dari tahun
   1900 hingga tahun 1990

2.Skala yang sesuai dan selaras dengan paksi              1 M

3.Petunjuk                                                                  1 M

4.Plotan ( 1 wilayah = 1 M )                                         5 M
    Max          8 M

b)Wilayah Asia                                                            2 M


b)Sebab-sebab berlakunya pertambahan penduduk yang pesat

Peningkatan kadar kelahiran dan pengurangan kadar kematian ekoran daripada kemajuan taraf pendidikan.
i)            Aras kesuburan (fertaliti) wanita yang tinggi berkaitan dengan peratus penduduk dalam kum pulan umur subur yang ramai dan amalan perkahwinan dalam usia muda.
ii)           Kegagalan program kawalan penduduk / perancangan keluarga disesetengah negara Asia disebabkan oleh taraf pendidikan yang rendah, halangan agama, adat dan status qua masyarakat.
iii)         Bertambahnya pengeluaran sumber-sumber makanan khususnya pada era evolusi hijau yang memungkinkan pertumbuhan pesat penduduk Asia dapat ditampung daripada mengalami krisis makanan dan kebulran. Terdapat lebih banyak sumber makanan berkhasiat serta amalan pemakanan/diet yang seimbang di kalangan penduduk telah menjamin kesihatan penduduk bertambah, kadar kematian berkurangan, jangka hayat meningkat yang seterusnya mendorong peningkatan kelahiran.
iv)          Kestabilan politik. Tamatnya Perang Dunia (1939-1945) mengurangkan kematian penduduk secara besar-besaran akibat peperangan. Di samping memberi ruang kepada negara-negara Asia mengubah polisi kependudukan dan soaio-ekonomi negara masing-masing ke arah pertambahan penduduk, peningkatan tenaga buruh dan kemajuan ekonomi.

c)         Pilih negara yang mengalami pertumbuhan penduduk yang pesat contohnya di Asia seperti Indonesia, India, Bangladesh. Kesan pertambahan penduduk terhadap sumber alam:

1.           Tekanan terhadap sumber alam khususnya terhadap sumber tanah. Persaingan guna tanah untuk petempatan, pertanian, perindustrian, pembandaran, infrastruktur dan sebagainya menjadi semakin hebat apabila penduduk bertambah. Kesannya saiz tanah secara relatifnya menjadi semakin sempit dan harga semakin mahal.
2.           Kepupusan/kehabisan sumber alam khususnya jenis sumber yang tidak boleh diperbaharui seperti sumber mineral seperti sumber bahan api fosil, bijih timah, bijih besi, emas dan lain-lain akibat pengeluaran berlebihan bagi menampung keperluan penduduk yang bertambah dengan pesat. Dalam keadaan sumber tersebut tidak boleh diganti maka kesan jangka panjangnya ialah diancam kehabisan/kepupusan.
3.           Pencemaran dan kemusnahan/kerosakan sumber seperti sumber udara dan air akibat pertambahan industri, kenderaan, pembuangan sisa domestik yang biasanya sejajar dengan pertumbuhan penduduk yang pesat. Termasuk juga kesan hakisan tanih serta tanah runtuh.
4.           Berkurangnya sumber-sumber makanan khususnya yang berasaskan hasil-hasil pertanian, perikanan, penternakan relatif dengan keperluan penduduk yang bertambah dengan pesat. Pengeluaran sumber-sumber makanan tersebut tidak sepadan dengan pertambahan penduduk.
5.           Kesan positif. Pembangunan sumber alam meningkat, sumber tidak terbiar membazir kerana mempunyai tenaga kerja yang cukup untuk menjana dan membangunkannya.


Soalan 3 (Kajian Luar)


Berdasarkan kepada sebuah bandar kecil (10 000 – 30 000 orang
penduduk) yang telah anda kaji di lapangan.

a)  Nyatakan secara ringkas  fungsi-fungsi utama yang terdapat di bandar
itu.                                                                                                  (9 M)

Bandar kecil yang telah saya buat kajian pada  1 haribualan Febuari 2006  ialah Pekan Jertih, Besut Terengganu.  Hari kajian dijalankan ialah pada hari Sabtu yang merupakan hari yang paling sibuk di Pekan Jertih dengan pelbagai kegiatan ekonomi penduduk seperti Pasar Minggu dan kegiatan social yang lain.

Bandar Jertih terletak di tengah perjalanan antara Kota Bharu dan kuala Terengganu . Ia merupakan pintu masuk penduduk dan kegiatan ekonomi  penduduk pantai timur kepantai barat semenanjung Malaysia.

Antara kaedah mengumpul maklumat kajian ini ialah melalui pemerhatian, bertanya soalan kepada beberapa orang penduduk dan pengunjung, membuat rujukan kepada buku-buku, pamplets, jurnal-jurnai darpda beberapa jabatan kerajaan

Diantara beberpa fungsi yang penting dan terserlah yang ada pada Pekan Jertih ialah sebagai fungsi perniagaan. Ada perniagaan kecil-kecilan seperti menjual sayuran  dan buahan di bawah kanopi di tepi-tepi jalan, menjual ubatan tradisional oleh penjual ubat tradisi yang menjual makjun tenaga, menjual batu permata hinggalah kepada emporium dan pasaraya seperti Econjaya. Terdapat banyak deretan kedai runcit yang pelbagai saiz dan menjual pelbagai barangan pengguna dan lainlain keperluan.

Pekan Jertih di daerah Besut ini juga penting dan agak maju kerana ia menyediakan fungsi sebagai pusat kewangan daerah yang menyediakan khidmat perbankan kepada pengguna yang berurusan menyimpan dan mendapat khidmat kewangan atau simpanan semasa. Jadi, tidak hairan jika Bank Simpanan Nasional di Jalan Haji Latif dan Maybank di Jalan Che Pah sentiasa dipenuhi pelanggan sejak bank-bank itu awal dibuka .

Pekan Jertih ini juga menjadi pusat pentadbitan  daerah bagi kawasan disekitar terutama dari Kampong Padang Luas, Kampong Tok Has, Beris Pak Abu ,Gong Duek dan sebagainya. Disini terdapat beberapa Jabatan kerajaan seperti Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta , Jabatan Penguatkuasa Hal_ehwal Pengguna, Pejabat Risda, Jabatan Haiwan dan lain-lain. Jabatan-jabatan ini bertindak menguurus dan menyediakan khidmat harian dan musiman kepada hal ehwal penduduk dan seterusnya memudahkan pihak kerajaan memberikan khidmat sosial kepada masyarakat disekitar Pekan Jertih dan kawasan pengaruhnya.

Disamping itu Pekan Jertih menjadi sebuah pekan yang berkembang dan berpotensi menjadi sebuah kawasan pembangunan terutama yang berasaskan industri kecil dan sederhana. Di sini terdapat sebuah kilang padi Bernas, sebuah kilang  memproses kasil getah di Jalan Darau. Dengan adanya pelbagai jenis industri seperti ini, hasil mahsul yang dihasilkan dari kawasan kampong sekitar terutama hasil getah dan padi dapat diproses menjadi barangan separuh siap atau dibungkus dan diedarkan untuk kegunaan kawasan lain.


Di pekan Jertih ini juga terdapat beberapa kemudahan sosial  atau kemudahan asas yang memberi fungsi dan kegunaan berharga kepada penduduk. Terdapat Pejabat Pos di sebelah Balai Polis Trafik, Pejabat dan Bengkel TNB,JPS, JKR di Jalan Pasar. Di pekan ini juga sedang dibina sebuah masjid pelbagai guna, moden , besar dan bercirikan kemajuan pesat. Ia dijangka menjadi mercu tanda pembangunan dan kemajuan Islam dan menjadi tempat penduduk tempatan menimba ilmu keagamaan.

Dengan pelbagai fungsi yang terdapat di Pekan Jertih, maka tidak syak lagi ia seterusnya menjadi pusat pertumbuhan baru di pintu masuk ke Negeri Terengganu.


b)  Pilih satu jenis aktiviti manusia di bandar itu, bagaimana aktiviti
itu memberi kesan negatif kepada alam sekitar kawasan berkenaan.
( 8  M)

Salah satu aktiviti manusia yang paling banyak memberi kesan negatif terhadap alam sekitar di kawasan bandar Jertih ialah aktiviti pembanguan tanah untuk perumahan atau projek perumahan, pembinaan rumah kedai dan pembinaan masjid Bandar Jertih.

Aktiviti pembinaan perumahan bersama beberapa unit rumah kedai di Jalan Hospital Jertih  telah menyebabkan satu kawasan sawah padi telah ditukar penggunaannya. Petak-petak sawah itu telah ditebusguna iaitu ditambun dan diratakan . Sebanyak 40 unit rumah banglo dan 10 buah rumah kedai telah dibina. Keadaan ini telah mengubah sama sekali pandangan darat kawasan sekitarnya. Ini telah menyebabkan aliran asal air dan alurnya telah tersekat. Kawasan sekitar yang asal cantik pemandangannya telah berubah sama sekali.

Akibat pembinaan masjid Bandar Jertih juga telah menyebabkan dua kesan besar atau serius iaitu menyebabkan runtuhnya tebing sungai dan sebahagian tebing baratnya telah menjadi tapak pembinaan masjid. Tebing sungai juga turut runtuh dan terdapat banyak longgokkan sisa binaan yang ditinggalkan begitu sahaja.
Keadaan ini menyebabkan aliran air Sungai Jertih tersekat dan seterusnya banyak terdapat sampah sarap yang tersekat dan terdampar di tebing sungai.

Hakisan galur dan galir juga turut berlaku di kawasan pembinaan rumah kedai dan jabatan kerajaan dekat Pejabat Telekom(TM). Di kawasan tersebut kawasan tanah tanah tinggi kaki bukit kecil yang telah diratakan pada masa lampau telah terhakis agak  teruk menjadi parit-parit yang melimpah air berkelodak yang mencemarkan jalanraya disekitarnya bila berlaku hujan.

Kawasan itu juga menjadi berdebu dan berhabuk bila kenderaan berat yang membawa bahan binaan keluar masuk tanpa kawalan disamping aktiviti keluar masuk itu tidak disediakan dengan sempurna. Habuk dan debu dari kawasan pembinaan itu menyebabkan tiap-tiap hari sepanjang setahun lalu Bandar Jertih terjejas udara dan persekitarannya. Bnayak kedai telah menghadkan kegiatan mereka dan banyak dinding banguna dan cerminnya kotor dan berdebu.

Projek-projek pembinaan itu juga telah mengganggu suasana tenteram pengunjung.
Pengguanaan jentera pengorek dan “piling” menngeluarkan bunyi yang bingit dan bising yang tidak terhingga. Ini sedikit sebanyak mengganggu peniaga-peniaga kecil yang menggunakan suara atau pembesar suara memanggil pelanggan. Ramai pelanggan juga telah tidak mengunjungi kedai-kedai makan atau restoren yang berdekatan kerana gangguan tersebut.


c) Jelaskan langkah-langkah yang diambil oleh pihak tertentu dibandar
tersebut untuk mengatasi masalah alam sekitar kawasan bandar
berkenaan.
(8 M)

Antara langkah-langkah yang diambil untuk mengatasi masalah alam sekitar di Pekan Jertih ialah pihak berkuasa atau pihak kontraktor telah menggali parit yang agak dalam dan lurus untuk mengalirkan air yang bertakung dikawasan tapak pembinaan perumahan berdekatan hospital.

Tebing Sungai Jertih yang runtuh telah dibina benteng konkrit yang kukuh supaya ia lebih tahan lama dan mengelakkan kejadian runtuhan yang berulang dan merugikan semua pihak.
Untuk meggelakkan habuk dan debu berterbangan, pihak kontraktor telah diwajibkan memasang perangkap habuk dan debu, membasuh dan menyembur kawasan pembinaan itu dengan renjisan air .

Pihak Majlis Perbandaran Besut telah membuat pemantauan di kawsan pembinaan untuk memastikan pihak kontraktor telah mengambil tindakan semerta seperti menggali lonkang dan parit serta menyembur air dan membersihkan jalan tar yang telah dipenuhi lumpur dari tapak pembinaan.

Kempen menjaga kebersihan dari debu dan habuk juga dijalankan dimana pengusha gerai makan misalnya tidak menjual makanan dan minuman dekat dengan tapak pembinaan masjid dan projek perumahan di bandar.Jertih.Aktiviti dan kempen membersih dan menceriakan bandar Jertih juga telah diadakan dengan motto “ Jom Bersih” dan ia mendapat sambutan baik daripada peniaga dan penduduk sekitar.





6. SOALAN PEMBENGKELAN

a) Soalan Esei

1.  a) Apa yang dimaksudkan  dengan pertanian sara diri intensif  di sebuah
negara Asia Tenggara yang anda tahu.                                           [5M]

b) Jelaskan masalah-masalah yang dihadapi dalam usaha meningkatkan
daya   pengeluaran  pertanian sara diri intensif.                                      [10M]

c) Apakah  usaha-usaha yang telah dilakukan untuk meninggikan daya
pengeluaran pertanian sara diri intensif.                                                 [10M]



2.  Rajah di bawah menunjukkan piramid penduduk di sebuah negara sedang
membangun.



     KUMPULAN UMUR
 
















6      5      4      3      2     1     0          0      1      2     3      4      5      6
Peratusan Keseluruhan Penduduk
Berdasarkan rajah di atas.
a)   Huraikan ciri-ciri kependudukan yang dialami oleh negara tersebut.
[ 9 M]
b)   Mengapakah piramid penduduk negara tersebut bersifat sedemikian rupa.
[ 8 M]
c)    Jelaskan kesan negatif ke atas pembangunan sosioekonomi negara
berkenaan akibat bentuk piramid sedemikian rupa.
[ 8 M]



3.       (a)      Apakah yang dimaksudkan dengan lebihan penduduk ?                   (5)

(b)      “Lebihan penduduk telah mempengaruhi kemerosotan pelbaga jenis sumber alam di sesebuah negara “. Jelaskan bagaimana fenomena ini boleh berlaku.                                                                         (9)
(c)      Pilih sebuah negara di  Asia Pasifik yang mengalami lebihan penduduk , cadangkan langkah-langkah yang boleh di ambil untuk mencapai tahap penduduk optima di negara yang anda pilih itu.                       (11)

4.        Berdasarkan kepada sebuah negara Asia Tenggara

(a) Huraikan sumbangan sektor pertanian perladangan terhadap pembangunan
ekonomi dan sosial negara tersebut.                                        (9 markah)

(b) Jelaskan masalah-masalah yang dihadapi untuk memajukan sektor
pertanian perladangan di negara itu.                                       (8 markah)

(c)  Kaji kesan-kesan negatif pembangunan pertanian perladangan
terhadap alam sekitar setempat di negara berkenaan.

(8 markah)

b) Soalan Kemahiran Amali
1.   Jadual 1 menunjukkan bilangan penduduk negeri-negeri di Semenanjung Malaysia pada tahun 2000.

Jadual 1 :  Bilangan Penduduk Negeri-negeri Semenanjung
Malaysia Tahun 2000.

Bil
Negeri
Jumlah Penduduk (ribu orang)
1
Johor
2 565.7
2
Kedah
1 572.1
3
Kelantan
1 289.2
4
Melaka
602.9
5
Negeri Sembilan
830.1
6
Pahang
1 231.2
7
Perak
2 030.3
8
Perlis
198.3
9
Pulau Pinang
1 225.5
10
Selangor/Wilayah Persekutuan
5 245.1
11
Terengganu
879.7

(Di sesuaikan sumber : Jabatan Perangkaan Malaysia 2001)

(a)          Dengan menggunakan kaedah peta titik, pada Peta 1 lukiskan taburan penduduk bagi negeri-negeri di Semenanjung Malaysia bagi tahun 2000.                                                       (10)


2.   Jadual 2  menunjukkan jumlah pengunaan pelbagai sumber tenaga dunia di antara
tahun-tahun  1960 hinggan 2000

Jadual 2 : Pengunaan sumber tenaga ( juta tan metrik) antara
tahun-tahun  1960 hinggan 2000
Sumber tenaga
Pengunaan ( juta tan metrik)
1960
1970
1980
1990
2000
Arang batu
1320
1680
2080
2480
2280
Eletrik hidro
280
389
480
555
690
Gas Asli
450
850
1145
1680
1860
Tenaga Nuklear
150
140
320
350
345
Pertolium
1125
2186
3046
3080
3540

(Sumber: Newsweek November 2000)
(a)      Berdasarkan Jadual 2 diatas ,lukiskan suatu graf yang sesuai untuk
menggambarkan penggunaan sumber tenaga dunia antara tahun-tahun
1960 hingga 2000.                                                               (10)




Jadual 1: Kemasukan Pekerja Asing Secara Sah Dari Negara-negara
Terpilih ke Malaysia Tahun 2000
Negara
Bilangan (orang)
Indonesia
Thailand
Bangladesh
India
Nepal
735,300
370,411
120,302
88,421
52,302
3   a) Berdasarkan jadual di atas, lukis sebuah graf bar bagi menggambarkan
kemasukan pekerja asing secara sah dari negara terpilih ke Malaysia
tahun 2000.                                                                             [10 M]



4.   Dengan berdasarkan jadual 1.
a) Hitungkan peratusan sumbangan setiap sektor ekonomi kepada Keluaran
Dalam Negara Kasar.
[5M]

Jadual 1 : Malaysia – Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK)
Mengikut Sektor Bagi Tahun 1990 dan Tahun 2000
Sektor
Tahun 1990
Tahun 2000
Pertanian, Perhutanan dan Perikanan
14829
20820
Perlombongan
7688
8910
Perkilangan
21381
58010
Pembinaan
2788
5470
Perkhidmatan
33465
70720
Jumlah
80151
163930
Sumber : Malaysia – The Second Outline Perspective Plan 1991 – 2000
(Jabatan Pencetakan Negara, Kuala Lumpur, 1991)

b)   Dengan merujuk kepada Malaysia, mengapakah program penyebaran keluar
industri perkilangan dari kawasan-kawasan maju ke kawasan-kawasan
kurang maju dilaksanakan.

[10 M]





c) Soalan Kajian Luar

1. Berdasarkan kajian luar yang anda lakukan disuatu kawasan petempatan penduduk setempat.

(a) Nyatakan pelbagai sektor perkhidmatan sosial yang dimajukan yang
boleh memberi faedah kepada penduduk setempat.                      (5)

(b) Jelaskan bagaimana sektor tersebut berkembang maju di kawasan
tersebut.                                                                  (10)

(c) Huraikan langkah-langkah yang diambil untuk memelihara kawasan
hijau (green area) kawasan itu.                                                       (10)

2.   Berdasarkan kajian luar yang telah anda lakukan di suatu kawasan
petempatan penduduk  di tempat tinggal  anda

a)  Nyatakan pelbagai kemudahan perkhidmatan sosial yang dimajukan
dan memberi faedah kepada penduduk setempat.
[9M]
b)  Jelaskan  dampak alam sekitar  fizikal yang timbul akibat daripada
pembangunan petempatan di kawasan  tersebut.
[8M]

c)  Kenal pasti langkah-langkah yang boleh diambil untuk mengurangkan
kesan negatif yang berlaku di kawasan tersebut.
[8M]

3.   Berdasarkan kajian luar yang telah anda lakukan  terhadap mana-mana satu jenis
aktiviti ekonomi yang berasaskan sumber alam.

(a) Kenal pasti faktor-faktor yang menyebabkan aktiviti ekonomi tersebut dijalankan di kawasan itu.                                                        [7 M]

(b) Berdasarkan bukti-bukti dari kajian lapangan anda, tunjukkan
kesan-kesan negatif ke atas alam sekitar fizikal setempat akibat
aktiviti ekonomi itu.
(10 markah)
(c) Huraikan langkah-langkah yang patut diambil untuk mengurangkan
kesan- kesan negatif alam sekitar akibat aktiviti ekonomi yang
anda kaji.
(8 markah)




4.       Berdasarkan satu kajian luar di mana-mana kawasan yang telah dilakukan;
a)  Terangkan bagaimana kajian luar itu dilakukan.
[5M]
b)  Pilih satu jenis pengangkutan dan tuliskan laporan tentang sumbangannya
terhadap pembangunan ekonomi kawasan berkenaan.
[12M]

c)  Jelaskan kesan pembinaan jenis pengangkutan itu terhadap alam
sekitar fizikal kawasan tersebut.
[8M]