Followers

Friday 18 May 2012

KEM ELIT PERDANA STPM 2007


Soalan 2

a) Jelaskan faktor-faktor geografi yang mempengaruhi perkembangan pesat idustri pelancongan di rantau Asia pasifik.  (9 m)

          Faktor-faktor geografi fizikal mempengaruhi perkembangan pesat industri pelancongan di rantau Asia pasifik seperti Malaysia. Ciri-ciri semula jadi seperti pantai yang berpasir putih dan halus, tasik semula jadi , kawasan paya contohnya pantai Pulau redang, Tasik Kenyir.

          Bentuk muka bumi yang unik dan istimewa serta sistem saliran atau lembangan yang menarik juga mempengaruhi perkembangan pesat industri pelancongan contohnya sungai yang dalam, kawasan laut yang yang luas serta muara sungai juga sesuai untuk aktiviti pengangkutan seperti kapal, feri, bot dan sampan.

          Kawasan hutan jenis tropika yang mempunyai litupan tumbuhan yang tebal boleh diwartakan sebagai simpan, utan lipur dan taman negara. Kepelbagaian spesies flora dan fauna dalam hutan akan menarik pelancong serta mempengaruhi perkembangan pelancongan.

          Hasil pelbagai proses geomoforlogi seperti hakisan, luluhawa dalaman dan pergerakan jisim (tanah runtuh) iaitu pembentukan tanjung dan teluk, pentas hakisan ombak dan gua akibat tindakan hakisan ombak juga mempengarui perkembangan pesat pelancongan, contohnya Teluk Batik. Terdapat juga gua seperti Gua Niah(Sarawak) terhasil akibat proses luluhawa terhadap batu kapur.

          Iklim yang sesuai seperti Malaysia yang mengalami Iklim Khatulistiwa iaitu panas dan lembap sepenjang tahun juga mempengaruhi perkembangan pesat sektor pelancongan. Bahan api fosil seperti petroleum yang mencukupi dan diperoleh dari dasar laut dapat memperkembangkan industri pelancongan.

b) Terangkan sumbangan sektor pelancongan kepada ekonomi sesebuah negara. (8m)

          Sumbangan sektor pelancongan kepada ekonomi negara ialah menyumbangkan kepada pendapatan melalui pelbagai jenis perbelanjaan pelancongan oleh para pelancong yang berkunjung ke sesebuah negara contoh, perbelanjaan untuk tambang pengangkutan, rekreasi, makan minum, membeli-belah.

          Sektor pelancongan juga menyediakan peluang pekerjaan yang meluas kepada penduduk setempat contohnya pengurus hotel,penjual di gerai cenderamata dan kpmpleks beli-belah, pekerja di resort dan hotel. Ini dapat meningkatkan taraf hidup penduduk.

          Sektor pelancongan juga menggalakkan pertumbuhan industri yang berkaitan. Contohnya pelancongan membawa perkembangan industri pembinaan hotel dan rumah penginapan.

          Sektor pelancongan juga menyediakan perkhidmatan pengangkuan an perhubungan yang lebih cekap dan sistematik kepada para pelancong. Contohnya sistem pengangkutan feri, panerbangan antarabangsa dan domestik dengan penubuhan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur(KLIA).

          Sektor pelancongan juga menggalakkan pertumbuhan dan pembukaan bandar-bandar baru akibat pembangunan ekonomi tempatan oleh aktiviti pelancongan. Contohnya tanah Tinggi Genting dan Bukit Fraser di  Pahang  telah menyebabkan ekonomi tempatan berkembang dan mewujudkan bandar baru yang lebih maju.


c) Huraikan masalah-masalah yang ditimbulkan oleh sektor pelancongan terhadap persekitaran fizikal dan manusia di sesebuah negara.(8m)

          Masalah-masalah yang ditimbulkan oleh sektor pelancongan seperti masalah gangguan terhadap iklim mikro setempat, perubahan suhu mikro setempat akibat penebangan hutan untukmembina hotel dan chalet. Suhu akan meningkat kerana proses transpirasi semakin berkurangan contohna suhu di sekitar Tanah Tinggi Genting telah meningkat sebanyak 1-3 darjah celsius.

          Kadar hakisan dan tanah runtuh juga akan berlaku akibat penerokaan kawasan hutan secara besar-besaran untuk pembinaan rumah penginapan. Tanah akan menjadi longgar dan kehilangan daya cengkaman oleh pokok-pokok akan mudah mengalami hakisan percikan oleh air hujan serta menyebabkan pergerakan jisim iaitu hujan serta meyebabkan pergerakan jism iaitu tanah runtuh.

          Gangguan terhadap kestabilan ekosistem juga berlaku akibat penebangan hutan untuk aktiviti pembinaan resort dan chalet. Spesies flora dan fauna dan kepelbagaian biologi juga terjejas akibat rantai makanan mengalami kemusnahan dan habitat semula jadi mengalami kerosakan.

          Pencemaran air juga berlaku akibat pembuangan sisa-sisa hotel, sisa makanan dan sisa kumbahan dari chalet dan tempat rekreasi. Ini akan menjejaskan hidupan maritim dan meningkatkan kandungan bakteria dan BOD dalam air laut.

          Petembungan budaya akibat pelancongan antara pelancong asing (barat) dengan pelancong tempatan (timur ) juga berlaku. Gaya hidup golongan belia mungkin terpengaruh oleh budaya barat yang seterusnya mengubah cara, gaya dan nilai-nilai kehidupan mereka kepada yang lebih menikmati kehidupan secara hiburan, rekreasi serta pemikiran lebih terbuka


8. Berdasarkan kepada sebuah bandar kecil (10 000 – 30 000 orang penduduk) yang telah anda kaji di lapangan.

          a)  Nyatakan secara ringkas  fungsi-fungsi utama yang terdapat di bandar itu      (9 markah)

Bandar kecil yang telah saya buat kajian pada  1 haribualan Febuari 2006  ialah Pekan Jertih, Besut Terengganu.  Hari kajian dijalankan ialah pada hari Sabtu yang merupakan hari yang paling sibuk di Pekan Jertih dengan pelbagai kegiatan ekonomi penduduk seperti Pasar Minggu dan kegiatan social yang lain.

Bandar Jertih terletak di tengah perjalanan antara Kota Bharu dan kuala Terengganu . Ia merupakan pintu masuk penduduk dan kegiatan ekonomi  penduduk pantai timur kepantai barat semenanjung Malaysia.

Antara kaedah mengumpul maklumat kajian ini ialah melalui pemerhatian, bertanya soalan kepada beberapa orang penduduk dan pengunjung, membuat rujukan kepada buku-buku, pamplets, jurnal-jurnai darpda beberapa jabatan kerajaan

Diantara beberpa fungsi yang penting dan terserlah yang ada pada Pekan Jertih ialah sebagai fungsi perniagaan. Ada perniagaan kecil-kecilan seperti menjual sayuran  dan buahan di bawah kanopi di tepi-tepi jalan, menjual ubatan tradisional oleh penjual ubat tradisi yang menjual makjun tenaga, menjual batu permata hinggalah kepada emporium dan pasaraya seperti Econjaya. Terdapat banyak deretan kedai runcit yang pelbagai saiz dan menjual pelbagai barangan pengguna dan lainlain keperluan.

Pekan Jertih di daerah Besut ini juga penting dan agak maju kerana ia menyediakan fungsi sebagai pusat kewangan daerah yang menyediakan khidmat perbankan kepada pengguna yang berurusan menyimpan dan mendapat khidmat kewangan atau simpanan semasa. Jadi, tidak hairan jika Bank Simpanan Nasional di Jalan Haji Latif dan Maybank di Jalan Che Pah sentiasa dipenuhi pelanggan sejak bank-bank itu awal dibuka .

Pekan Jertih ini juga menjadi pusat pentadbitan  daerah bagi kawasan disekitar terutama dari Kampong Padang Luas, Kampong Tok Has, Beris Pak Abu ,Gong Duek dan sebagainya. Disini terdapat beberapa Jabatan kerajaan seperti Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta , Jabatan Penguatkuasa Hal_ehwal Pengguna, Pejabat Risda, Jabatan Haiwan dan lain-lain. Jabatan-jabatan ini bertindak menguurus dan menyediakan khidmat harian dan musiman kepada hal ehwal penduduk dan seterusnya memudahkan pihak kerajaan memberikan khidmat sosial kepada masyarakat disekitar Pekan Jertih dan kawasan pengaruhnya.

Disamping itu Pekan Jertih menjadi sebuah pekan yang berkembang dan berpotensi menjadi sebuah kawasan pembangunan terutama yang berasaskan industri kecil dan sederhana. Di sini terdapat sebuah kilang padi Bernas, sebuah kilang  memproses kasil getah di Jalan Darau. Dengan adanya pelbagai jenis industri seperti ini, hasil mahsul yang dihasilkan dari kawasan kampong sekitar terutama hasil getah dan padi dapat diproses menjadi barangan separuh siap atau dibungkus dan diedarkan untuk kegunaan kawasan lain.

Di pekan Jertih ini juga terdapat beberapa kemudahan sosial  atau kemudahan asas yang memberi fungsi dan kegunaan berharga kepada penduduk. Terdapat Pejabat Pos di sebelah Balai Polis Trafik, Pejabat dan Bengkel TNB,JPS, JKR di Jalan Pasar. Di pekan ini juga sedang dibina sebuah masjid pelbagai guna, moden , besar dan bercirikan kemajuan pesat. Ia dijangka menjadi mercu tanda pembangunan dan kemajuan Islam dan menjadi tempat penduduk tempatan menimba ilmu keagamaan.

Dengan pelbagai fungsi yang terdapat di Pekan Jertih, maka tidak syak lagi ia seterusnya menjadi pusat pertumbuhan baru di pintu masuk ke Negeri Terengganu.


          b)  Pilih satu jenis aktiviti manusia di bandar itu, bagaimana aktiviti itu memberi kesan negatif kepada alam sekitar kawasan berkenaan.   (  8  markah)


Salah satu aktiviti manusia yang paling banyak memberi kesan negatif terhadap alam sekitar di kawasan bandar Jertih ialah aktiviti pembanguan tanah untuk perumahan atau projek perumahan, pembinaan rumah kedai dan pembinaan masjid Bandar Jertih.

Aktiviti pembinaan perumahan bersama beberapa unit rumah kedai di Jalan Hospital Jertih  telah menyebabkan satu kawasan sawah padi telah ditukar penggunaannya. Petak-petak sawah itu telah ditebusguna iaitu ditambun dan diratakan . Sebanyak 40 unit rumah banglo dan 10 buah rumah kedai telah dibina. Keadaan ini telah mengubah sama sekali pandangan darat kawasan sekitarnya. Ini telah menyebabkan aliran asal air dan alurnya telah tersekat. Kawasan sekitar yang asal cantik pemandangannya telah berubah sama sekali.

Akibat pembinaan masjid Bandar Jertih juga telah menyebabkan dua kesan besar atau serius iaitu menyebabkan runtuhnya tebing sungai dan sebahagian tebing baratnya telah menjadi tapak pembinaan masjid. Tebing sungai juga turut runtuh dan terdapat banyak longgokkan sisa binaan yang ditinggalkan begitu sahaja.
Keadaan ini menyebabkan aliran air Sungai Jertih tersekat dan seterusnya banyak terdapat sampah sarap yang tersekat dan terdampar di tebing sungai. 

Hakisan galur dan galir juga turut berlaku di kawasan pembinaan rumah kedai dan jabatan kerajaan dekat Pejabat Telekom(TM). Di kawasan tersebut kawasan tanah tanah tinggi kaki bukit kecil yang telah diratakan pada masa lampau telah terhakis agak  teruk menjadi parit-parit yang melimpah air berkelodak yang mencemarkan jalanraya disekitarnya bila berlaku hujan.

Kawasan itu juga menjadi berdebu dan berhabuk bila kenderaan berat yang membawa bahan binaan keluar masuk tanpa kawalan disamping aktiviti keluar masuk itu tidak disediakan dengan sempurna. Habuk dan debu dari kawasan pembinaan itu menyebabkan tiap-tiap hari sepanjang setahun lalu Bandar Jertih terjejas udara dan persekitarannya. Bnayak kedai telah menghadkan kegiatan mereka dan banyak dinding banguna dan cerminnya kotor dan berdebu.

Projek-projek pembinaan itu juga telah mengganggu suasana tenteram pengunjung.
Pengguanaan jentera pengorek dan “piling” menngeluarkan bunyi yang bingit dan bising yang tidak terhingga. Ini sedikit sebanyak mengganggu peniaga-peniaga kecil yang menggunakan suara atau pembesar suara memanggil pelanggan. Ramai pelanggan juga telah tidak mengunjungi kedai-kedai makan atau restoren yang berdekatan kerana gangguan tersebut.


          c) Jelaskan langkah-langkah yang diambil oleh pihak tertentu dibandar tersebut untuk mengatasi masalah alam sekitar kawasan bandar berkenaan. (8 markah)

Antara langkah-langkah yang diambil untuk mengatasi masalah alam sekitar di Pekan Jertih ialah pihak berkuasa atau pihak kontraktor telah menggali parit yang agak dalam dan lurus untuk mengalirkan air yang bertakung dikawasan tapak pembinaan perumahan berdekatan hospital.

Tebing Sungai Jertih yang runtuh telah dibina benteng konkrit yang kukuh supaya ia lebih tahan lama dan mengelakkan kejadian runtuhan yang berulang dan merugikan semua pihak.
Untuk meggelakkan habuk dan debu berterbangan, pihak kontraktor telah diwajibkan memasang perangkap habuk dan debu, membasuh dan menyembur kawasan pembinaan itu dengan renjisan air .

Pihak Majlis Perbandaran Besut telah membuat pemantauan di kawsan pembinaan untuk memastikan pihak kontraktor telah mengambil tindakan semerta seperti menggali lonkang dan parit serta menyembur air dan membersihkan jalan tar yang telah dipenuhi lumpur dari tapak pembinaan.

Kempen menjaga kebersihan dari debu dan habuk juga dijalankan dimana pengusha gerai makan misalnya tidak menjual makanan dan minuman dekat dengan tapak pembinaan masjid dan projek perumahan di bandar.Jertih.Aktiviti dan kempen membersih dan menceriakan bandar Jertih juga telah diadakan dengan motto “ Jom Bersih” dan ia mendapat sambutan baik daripada peniaga dan penduduk sekitar.

             

     

No comments:

Post a Comment